Profil de Muhammad HelmiThe Mhakk SpaceBlogListesLivre d'orPlus ![]() | Aide |
The Mhakk Space"Better Than Done Nothing" |
|||||
|
26 décembre Talking about Keserupaan23 décembre Tukar blog26 mai Minggu ke-6 di HarvikHari ni dah masuk minggu ke-6 aku menghabiskan masa di Harvik. Latihan industri di sini agak menyeronokkkan, bagi aku lah , kerana ada akses internet. Dengan Laptop serba hitam aku, aku dapat online setiap kali masa terluang.
Di sini, beberapa tugasan aku terima. Membuat poster spek teknikal but, poster getah kitar-semula, mengkaji bagaimana mahu mengurangkan berat but dan sebagainya. Khamis esok lusa adalah hari pembentangan segala benda yang aku dah buat depan staff teknikal, mungkin General Manager ada sekali. Entah apa yang aku nak present pun tak tahu.
Hari-hari aku menggunakan akses internet untuk menjelajah berita-berita dalam negara. Akhbar-akhbar internet yang aku sering kunjungi adalah Utusan Online, Berita Harian Onlibe, mykmu.net, pkmu.net, malaysiakini.com, harakahdaily.net, hmetro.com.my, tranungkite.net, kosmo.com.my, utaraonline.net, dan banyak lagi. Sin Chew Daily pun aku masuk jugak tengok. Itulah kerja-kerja aku ketika tiada benda hendak dibuat di Harvik.
Staff di department teknikal ni kira ok lah. tak menyusahkan kami trainees. Mereka suka membantu setiap kerja kami. Tapi yang kurang best nya, apabila mereka bermesyuarat. Kami yang berkampung dalam bilik mesyuarat terpaksa berpindah pada waktu mereka bermesyuarat. Terpaksalah kami merempat di mana-mana sahaja yang boleh, dan paling tak best, terpaksa tinggalkan bilik mesuarat yang ada akses internet itu. Kalau ketika itu aku tengah download sesuatu, kemudian ada orang minta berpindah.... wah... cukup tension. Begitulah adanya kehidupan di Harvik. Nanti masuk USM, apa yang aku nak present time pameran LI aku pun taktau....
p/s: sedikit tulisan mengarut ketika LI... 25 avril Mula LIhari ni hari ke-5 aku berada di Harvik Rubber. Kilang but keselamatn ni memang agak luas. Tapi ok juga lah, dapat ber internet setiap pagi. aktiviti pun agak bebas, disamping satu projek telah disediakan untuk semua pelatih. Elaun pun kira ok lah, RM10 sehari, tidak seperti yang tertera di surat yang dikeluarkan USM iaitu RM3 sehari. 14 avril Habis ViVaSetelah sehari dua berdebar-debar, tungang terbalik, akhirnya selesai sudah episod viva yang pada awalnya menggerunkan. Lepas habis saja berviva, rasa bagikan hilang satu beban. Ah... sama saja macam presentation-presentation lain,aku pasti akan rasa gerun, gentar, takut, dan macam-macam lagi (ye ke?). Tetapi apabila tiba masanya, aku boleh saja present. Perasaan takut, gementar, dan segala mak nenek tu macam tak ada. Tambahan pula examiner semuanya tak lekang dek senyuman, dan penontonnya tak sampai 10 orang termasuk examiner. Apa penyakit la aku ni. Walaupun dah banyak kali pernah present tugasan-tugasan dalam kuliyah yang penontonnya lebih kurang 50 orang, aku masih bersikap 'alergi' dengan presentation. Adakah ini disebabkan darah gemuruh? Rasanya bukan darah gemuruh. Tapi hal-hal macam ni yang membuatkan aku hilang banyak isi-isi penting dalam pembentangan itu.
Apa pun yang dah berlaku, semuanya sudah berlalu. Terima kasih kepada Prof Hanafi, Dr Azlan, Dr Azhar dan Dr Razaina kerana menjadi pemeriksa dalam presentation tersebut. terima kasih juga kerana menanyakan soalan-soalan yang agak sukar untuk dijawab. Soalan-soalan yg dikemukan kepada aku tadi nya, ada yang aku boleh jawab, ada pula yang aku tak dapat jawab dengan sempurna. Tak dapat jawab tu sebab fakta yang ada dalam kepala aku tak berapa jelas, dan juga ada yang aku tahu menerangkannya tapi sukar disebabkan pembentangan dilakukan dalam bahasa Inggeris, menyebabkan aku berpusing-pusing memikirkan susunan ayat yang sepatutnya, sehingga jawapan yang aku nak sebutkan itu 'hilang' separuh di sudut medula oblongata dalam tengkorak kepala ku. Soalan-soalan yang ditanya agak banyak juga jika dibandingkan dengan masa 10 minit sesi soal jawab format viva, sesi soal jawab aku tadi hampir melebihi 15 minit.
Kalau present dalam BM, bolehlah aku sebebas-bebasnya 'menggoreng' segala bahan-bahan yang aku dapat semasa menjalankan kajian FYP tu. Disebabkan BI< aku terhad kerana BI aku ni sangat lemah, terutama dalam communication. Kalau dalam bentuk tulisan tu boleh la juga aku 'goreng' sedikit sebanyak. Maaf, goreng aku bukan goreng tanpa fakta. Goreng aku hanya goreng ayat. Faktanya aku cuba mendapatkan yang sahih. Kalau tersalah fakta tu, mungkin juga berlaku, tapi itu cuba diminimumkan. Itu teknik menggoreng. Kalau mau benda yang digoreng tu sedap, bahan yg nak digoreng tu mestilah yang juga sedap. Kalau benda yang nak digoreng tu pahit, susah la. Goreng macamana pun akan pahit juga.
Itulah kepentingan BI yang diwar-warkan pihak kerajaan. Aku yakin dengan dasar BI dalam pembelajaran. Memang banyak kebaikannya. Bayangkan kalau aku tadi, membentangkan FYP aku tu depan pemeriksa luar negara. Tentu berdekah-dekah ditertawanya kepada aku (agaknya la). Tapi dasar memB.I.kan itu kena lah tengok sasaran. Kalau student U macam aku ni, aku rasa takda masalah lah. Tapi kalau dipaksanya kepada palajar sekolah rendah tahun 1, 2, 3, memang sukar dan boleh membunuh minat mereka untuk belajar terutama di kawasan pedalaman.
Eh, aku mengarut sampai ke situ pulak.
AlhamduliLLAH, viva sudah selesai. sekarang aku akan berdepan dengan satu lagi kertas peperiksaan - Rheologi sebelum bertandang ke kilang getah Harvik Rubber untuk menjalani Latihan Industri yang ditunda tempohari. Masalah bakal bertamu lagi selepas ini...
|
Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca coretan yang ada dalam space ini. Jika tiada keberatan, hantarlah komen anda.
Azwadia écrit :
Gelapnya blog hang... Darkness... Lari pengunjung kalau deng gini.. Hehe
31 Mar.
akramina écrit :
wah mhakk dah return ....aiseymen x boleh jadi nih .....sudah lama ku tunggu posting terbaru mu baru kini kunjung tiba...ayuh berblog
1 Fév.
akramina écrit :
wei apsl lama
1 Nov.
M u N ia écrit :
Salam. Rajin menggoreng citer..
slmt menggoreng..
30 Août
Azwadia écrit :
Kalau nak tahu, dia ni rumate aku...
13 Juil.
|
|||
|
|